Menangani Objection
Adalah normal untuk menghadapi objection/bantahan/persoalan daripada prospek. Semua bantahan mestilah ditangani oleh agen dengan sangka baik, empathy dan sikap ingin membantu.
Berikut adalah jenis-jenis objection dan skrip untuk membantu prospek membuat keputusan.
Objection - Duit
On medical card
Puan bayangkan - untuk buat sumbangan RM100-RM200 ni pun Puan tak cukup budget. Kalau datang bill appendics atau denggi yang RM15,000 tu lagi lah tak cukup budget nya Puan.
On hibah
Kalau Tuan rasa budget RM100 lebih ni tak cukup, Tuan bayangkan kalau kita jadi lumpuh. RM100 tak boleh bawak kita kemana Tuan. Tapi duit hibah RM350 ribu macam-macam kita boleh buat.
Kadang-kadang kita kena tiru benda yang baik dari bangsa lain.
Dalam budget bulanan diorang, insurans ni akan jadi benda yang paling atas sekali, bukan benda yang paling bawah. Selalu orang letak bawah, maknanya kalau ada balance duit baru ambik. Salah.
Kalau kita letak dia kat bawah sekali memang akan sentiasa tak cukup.
Cara yang betul ialah letak atas sekali, lepas tu baru kita adjust duit kita untuk kegunaan lain.
Kenapa nak buat macam tu? Sebab takaful ni akan melindungi income kita bila musibah datang. Supaya kalau jadi apa-apa, semua komitmen yang lain-lain tu kita boleh bayar macam biasa.
Oklah, saya bagi pelajaran ringkas.
Abang rasa mana lagi penting - nak jaga income abang ke atau nak buat investment?
Jawapan bocor: Jaga income bang. Ini nombor satu. Kalau income tak selamat, habis semua investment kita nanti.
Orang Melayu ramai yang suka buat macam² investment samada yang halal atau yang haram, tapi perlindungan gaji tu belum buat lagi.
Basic financial planning kena buat perlindungan gaji tu 10 kali ganda pendapatan tahunan. Abang dah buat ikut macam tu?
Saya faham. Tapi abang rasa musibah macam penyakit atau kemalangan ni dia akan tunggu gaji naik ke kalau nak datang? Tak tunggu bang.
Dia kalau nak datang time kita miskin pun dia datang je.
Kalau Kakak rasa 200-300 ni mahal, mahal lagi kalau kena bayar sendiri bila masuk hospital. Yang tu bill dia boleh jadi beribu-ribu Kak.
Puan, saya bukan mintak Puan letak semua duit kat plan ni. Selepas tolak yang belanja, patutnya kita kena ada 3 benda - perlindungan, simpanan dan pelaburan.
Kalau tak boleh buat semua takpe, buat income protection dulu.
Objection - Mentality
Medical card ni memang boleh kita apply masa sihat. Bila dah sakit dah terlambat dik. Kita apply pun kena reject nanti.
Kita mungkin tak tahu, tapi boleh tengok sendiri banyak kisah orang muda kena kanser kat sini - https://shorturl.at/AKVXp
Dan masa muda ni harga sumbangan dia sangat rendah dan jimat, berbanding kita ambik masa umur dah meningkat. Bila kita menyimpan awal, duit terkumpul pun lebih banyak.
Memang ramai orang sangka hospital kerajaan tu free. Yang orang tak tahu, servis saja yang percumanya. Kalau ada benda yang melibatkan pembelian part/ubat/accessories tu semua kita kena bayar kosnya.
Contoh kalau patah, nak masukkan besi. Besi tu yang harganya boleh jadi berbelas ribu tu kita kena bayar sendiri. You nak bayar sendiri ke atau nak PruBSN tolong bayarkan?
Boleh bang. Tapi biasanya bila orang kata nak fikir, ada benda yang dia masih tak clear.
Part mana yang Abang rasa belum jelas?
Dik, kita kena faham buat pelan takaful ni untuk dapatkan JAMINAN perlindungan. Bukannya untuk buat untung.
Takaful ni berfungsi bila kesihatan/keselamatan/duit kita dalam bahaya. Masa tu baru tau patut ambik takaful ke tak.
Kalau tak pernah claim tu maksudnya dia sihat dan tak pernah kena kemalangan - alhamdulillah!
Alhamdulillah, kita memang perlu tawakkal. Tapi ada hadis nabi cakap, sebelum tawakkal kena usaha dulu:
Seorang Badwi bertanya,“Apakah unta itu dibiarkan saja depan pintu seraya bertawakkal kepada Allah? Ataukah harus diikat dahulu supaya tidak hilang?” Beliau saw. menjawab: “Ikatlah dan bertawakkal (kepada Allah)." [Sahih Ibn Hibban, no: 731].
Jadi ikat dulu unta (usaha) baru tawakkal. Bukan tawakkal tanpa usaha.
Bila kita ambik hibah, tak tau lagi siapa yang akan dapat duit tu bang.
Kalau kita meninggal, memanglah PruBSN akan bayar pada waris yang Abang namakan.
Tapi kalau kita jadi lumpuh (TPD), PruBSN akan bayar duit pampasan tu directly pada kita sendiri.
Abang rasa berguna tak dapat setengah juta kalau kita terpaksa duduk atas kerusi roda?
Objection - Ada coverage lain
Soalan: Medical card company ni dia cover selagi bekerja ke atau pun bila lepas pencen pun dia cover?
Jawapan: Selagi bekerja lah.
Soalan: Mana lebih tinggi kemungkinan sakit. Sekarang masa muda ni ke atau lepas pencen nanti?
Jawapan: Lepas pencen nanti, sebab dah tua.
Soalan: Jadi masa lepas pencen kita lebih berkemungkinan sakit, tapi tak ada medical card. Ok ke macam tu?
A: Medical card company ni dia selalunya cover sangat minimum. Macam buat syarat je. Cik tahu ke berapa limit coverage dia?
P: Tak pasti sangat..
A: Saya bagi contoh. Kalau pembedahan appendics saja pun kos dia dah lebih kurang RM15 ribu. Denggi pun lebih kurang. Cik rasa... cukup ke coverage tu?
P: Tapi saya tak ada budget..
A: Ah tulah saya nak cerita ni. Oleh sebab Cik masih muda ni, kita boleh dapat murah je medical card unlimited ni. Cik nak saya tolong kira yang bilik share punya ke bilik seorang (ada privacy)?
Selalunya yang bank call tu bukan perlindungan lengkap. Tu cuma coverage Personal Accident (untuk kemalangan) je. Maksudnya kalau kita masuk hospital akibat sakit tak ada apa-apa coverage.
Boleh juga. Cuma kalau ada agen ni, kita boleh lah dapat khidmat nasihat atau pun bantuan kecemasan masa bukan waktu pejabat. Kalau bank, malam bank dah tutup. Siapa nak tolong kita handle GL ke atau apa-apa urusan?
Atau pun abang tak kisah kalau kena tunggu pagi Isnin esok baru boleh dapat bantuan?
Ah bagus Cik. Saya boleh tolong buat review percuma. Kebanyakan orang tak ingat apa coverage yang dia ambik. Kalau saya review kan nanti Cik boleh dapat second opinion pasal coverage Cik.
Ah bagus. Dan lagi bagus kalau abang ada lebih dari satu agen, sebab in case jadi apa-apa kat 1 agen, abang ada seorang lagi agen yang boleh tolong uruskan claim abang atau apa-apa yang berkenaan.
Objection - Authority
Suami/isteri you tak dengar sepenuhnya apa yang saya ceritakan. Macam mana dia nak bagi pendapat yang betul samada setuju atau tidak?
1. Kalau dia tak setuju adakah awak akan batalkan niat untuk dapat perlindungan yang beratus-ratus ribu ni?
2. Adalah lebih baik kalau saya dapat jumpa dengan dia untuk terangkan semula benefit yang saya terangkan tadi.
Saya sedang cadangkan Tuan buat pelan hibah RM500 ribu, yang mana kalau tiba-tiba Tuan tak ada, isteri akan dapat pampasan hibah setengah juta ni.
Tuan rasa dia akan tak setuju ke?
Saya rasa niat dia baik, Puan. Tapi kalau kita kena cancer Puan, yang kosnya boleh cecah beratus ribu ringgit, mana Puan lebih yakin - bergantung kepada gaji dan simpanan suami ke atau bergantung dengan medical card unlimited PruBSN?
Objection - Plan
Hibah kita buatkan hadiah kepada orang yang tersayang kalau kita meninggal. Tak perlu ikut faraid. Duit akan masuk direct ke dalam akaun orang yang kita namakan, boleh ikut percent, boleh kalau nak bagi lebih dari seorang.
Selain itu Hibah boleh juga dibayar kepada diri sendiri kalau kita jadi TPD macam lumpuh atau stroke.
Medical card - tujuannya untuk bayar bill hospital kalau kita sakit atau pun kemalangan. PruBSN punya medical card tak ada limit seumur hidup.
Kalau kita ada budget untuk satu benda je, ambiklah hibah dulu. Sebabnya gini.
Kalau sakit/kemalangan, kalau nak kena masuk hospital masih boleh lagi kita pergi ke hospital kerajaan. Walaupun lambat, masih adalah juga tempat nak dituju.
Tapi hibah ni tiada penggantinya. Kalau kita jadi lumpuh dan tak ada polisi hibah, takde siapa yang akan bagi sejumlah duit pampasan pada kita. Tanggung je lah sendiri.
Family plan adalah plan medical card Stand Alone.
Satu, yang Stand Alone ni dia tak ada Cash Value. Maksudnya duit yang kita bayar tiap-tiap bulan selama bertahun-tahun hangus begitu saja.
Abang nak polisi medical card yang hanguskan duit ke nak yang mengumpul duit?
Lagi satu sebab berkongsi, nanti limit medical card tu akan dikongsi oleh semua ahli keluarga. Umpama satu keluarga share satu payung terjun masa kapalterbang ada kecemasan.
Model insurans adalah model jual beli. Company offer perlindungan dan kita bayar fee nya. Difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana gharar.
Model takaful adalah model derma beramai-ramai ke dalam satu tabung yang dinamakan tabung Tabarru'. Yang ramai bernasib baik sedekah pada yang sikit ditimpa musibah. Model derma menghilangkan elemen gharar.
Abang suka kalau ambik perlindungan ni sambil buat amal jariah?
Objection - Company
Medical card yang murah ni ialah yang jenis Stand Alone. Yang Stand Alone ni dia tak ada Cash Value. Maksudnya duit yang kita bayar tiap-tiap bulan selama bertahun-tahun hangus begitu saja.
Abang nak polisi medical card yang hanguskan duit ke nak yang mengumpul duit?
Faham, semua orang ada pilihan masing-masing. Cuma PruBSN Takaful ni dah 12 tahun berturut-turut dapat anugerah Syarikat Takaful Terbaik Malaysia dari Malaysia Takaful Association (MTA).
Kalau Tuan nak beli sesuatu barang dengan harga yang sama, nak beli dengan company terbaik ke atau beli dengan yang lain-lain?
Kalau ada cadangan untuk tambah contents dalam ni boleh direct PM pada saya. Terima kasih.