Teknik Bertanya Soalan

Elakkan bertanya open-ended questions seperti "bila masa yang sesuai call Tuan?" Sebaliknya gunakan close-ended questions seperti "kalau saya nak call bagus sebelah pagi ke lepas lunch?"

Open-ended akan memaksa prospek memberi jawapan kreatif yang dia cipta sendiri dan "menyusahkan" prospek untuk membuat keputusan.

Close-ended akan memudahkan prospek memilih seperti menjawab soalan objektif.

Contoh seperti ini:

Setting appointment

Time
"Kalau nak jumpa Abang selalunya free sebelah pagi ke petang?"

Hari
"Kalau ikut slot saya ni masih ada kosong samada Jumaat pagi atau Sabtu lepas Zohor. Abang lagi senang Jumaat ke Sabtu tu?"

Lokasi
"Saya dah buatkan kira-kira sikit untuk coverage anak Puan tu. Kalau saya nak tunjuk benda ni bagus jumpa kat rumah ke jumpa kat ofis  je Puan?"

ELAKKAN AYAT-AYAT MACAM NI

- Kalau saya nak jumpa nanti boleh tak? (pilihan: boleh atau tak)

- Saya jumpa abang esok boleh bang? (1 pilihan)

Follow up untuk close

A: Bang, proposal saya hari tu Abang dah tengok dah bang? Ada apa² yang tak jelas?

P: Ok ok dah tengok. Tak ada apa sangat nak tanya, macam ok kot..

A: Ok alhamdulillah.. So kalau ikut Abang ni, nak ambik option yang mana Bang. Yang ada Critical Illness ke yang biasa je?

Kalau ada cadangan untuk tambah contents dalam ni boleh direct PM pada saya. Terima kasih.