Khas Untuk Agen Baru
2 SKRIP PERTAMA ni sangat penting untuk buat permulaan yang baik. Mula-mula lancarkan dulu dengan 3 Minutes Presentation. Lepas tu boleh explore untuk Praktis Buat Presentation Dengan Kawan. Sangat berguna dan penting untuk berjaya ke level seterusnya.
Untuk digunakan bersama Slide 3 Minutes Presentation
---
1. Ice-breaking + Izin masa
> “Assalamualaikum Abang. Nama saya Darul. Kitorang tengah buat kempen menyimpan duit 3 minit kat area ni. Boleh ke nak pinjam masa Abang sekejap? 3 minit je.”
(Tunggu respon “ok” atau “ya, boleh”)
"Ok nama saya Darul (sekali lagi). Nama abang apa?"
[Buat rapport] "Apa tunggu orang ke kat sini bang?"
---
2. Buatkan dia fikir tentang realiti simpanan biasa
> “Abang biasa dengar kan orang simpan duit kat Tabung Haji atau ASB?"
(Tunggu jawapan)
> “Okey, katakanlah kita simpan RM5,000 setahun. Kalau ditakdirkan kita meninggal dunia tahun ni, berapa duit yang tinggal untuk keluarga kita?”
> (Jawapan dia confirm: “RM5,000 je la kan.”)
---
3. Masukkan unsur kemalangan & hospital
> “Kalau kita meninggal disebabkan kemalangan? Ada beza tak berapa yang kita tinggalkan?”
(Jawapan dia: “Sama je. RM5,000.”)
> “Ok seterusnya, kalau kita sakit dan kena masuk hospital, berapa banyak daripada simpanan tu kita boleh guna untuk bayar bil hospital?”
(Jawapan dia: “RM5,000 jugak.”)
---
4. Introduce Takaful sebagai alternatif simpanan
> “So bang, kempen 3 minit ni kami nak galakkan orang simpan dengan cara yang lebih bernilai tambah. Bukan simpan RM5,000 — kita nak ajak orang simpan cuma RM2,000 je setahun.”
> “Kalau kita simpan kat PruBSN, kalau kita meninggal, kita akan wariskan RM100,000 pada keluarga kita.
[stop]
Lepas tu kalau meninggal tu adalah disebabkan kemalangan, family kita akan dapat RM200,000.
[stop]
Bukan kematian saja. Kalau masuk hospital, pun kita ada RM200,000 untuk bayar bil hospital."
[stop]
5. Punchline penutup
> “Abang faham ke perbezaan yang saya tunjukkan ni?"
(Tunggu jawapan)
Jadi saya nak tanya abang, kalau hari ni lah kan Abang nak simpan duit, Abang nak simpan kat mana? Kat Tabung Haji ke kat PruBSN?
(99.9% orang akan sebut "PruBSN").
"Ok bagus kalau Abang dah nampak. Tu lah, kalau Abang dah nampak saya ingat nak design kan pakej yang lebih kurang macam ni untuk Abang."
[pause]
"Kalau nak saya kirakan tu saya nak sikiit je maklumat Abang"
"(Maklumat apa?")
Nak nama penuh,
Tarikh lahir
Pekerjaan
Semoking habit
Then boleh buat kira-kira proposal.
Assalamu’alaikum..
W’salam.
Wei kau tengah buat apa?
Takde, lepak je
Kalau free aku nak mintak tolong sikit
Tolong? Amenda? Tayar pancit ke?
Haha bukan la. Tolong ni simple je..
Ok, tengok kalau aku boleh
Camni. Aku ni Tengah attend training dengan Prudential BSN. Benda² takaful ni laa..
Ok..
Dalam training tu ada la belajar presentation. Tu yang aku dapat homework ni..
Oh ok..
Trainer aku suruh aku praktis presentation kat kawan². Dan mintak kawan tu bagi feedback laa style presentation aku ni. Ni untuk biasakan diri bercakap dulu sebelum gi jumpa dengan real customer
Ooh.. jadi?
Tu nak minta tolong ko ni haha. Boleh kan?
Aku kena buat apa?
Ko cuma dengar aku present, lepas tu ko bagi la feedback. Aku bagus ke, kelakar ke, garang ke haha
Ok faham.. Bila nak kena buat ni?
Kalau free sekarang kita buat Zoom. Nanti aku share link..
Sekarang tak sesuai sangat. Petang sikit ok?
Petang dalam pukul 3 ke 5 yang bagus?
Pukul 5 kot..
Ok nanti dalam 4.45 aku roger balik
Ok boleh
Ok jumpa nanti ekk
Ok..
Jangan jual. Tapi jangan berdiam. Start distribute name card pada warm market anda.
Agent baru: (buat-buat terserempak) eh sis. I ada benda nak bagi you ni.
Kawan: Ah apa benda? Best ke?
AB: Ni haa, nak bagi name card I baru dapat.
Kawan: Wah kad apa ni.. Eh kau dah jadi agen??
AB: Iya, I baru dapat kontrak. Sebab I tengok diorang ni ada satu program tu yang bagus untuk anak-anak special I ni. You dah pernah dengar ke pasal program tu?
Kawan: Program.. program apa?
AB: Tu lah, dulu pun I tak faham juga. Tapi bila kawan I Roz tu explain then baru nampak jalan. Eh kalau you belum pernah dengar better you dengar pasal benda ni dari Roz tu.
Kawan: Dia pasal apa program ni?
AB: Oh, I kan ada anak special. Jadi anak-anak special ni macam mana jaminan masa depan dia kalau mak bapak diorang dah tak ada nanti? Siapa nak jaga? Fund nak datang mana? Benda-benda macam tu la..
Kawan: Oh berminat nak dengar. Nak jumpa dia kat mana?
AB: Ok ok takpe. Nanti I check time dengan Roz tu. Dia tu jadual selalu penuh. Maklum ranking antara yang top dalam Malaysia. Semua orang nak jumpa dia ni. You simpan dulu kad I tu. Nanti I roger you balik bila I dapat confirm dengan Roz.
Kawan: Ok boleh.
Kalau ada cadangan untuk tambah contents dalam ni boleh direct PM pada saya. Terima kasih.