Khas Untuk Agen Baru

2 SKRIP PERTAMA ni sangat penting untuk buat permulaan yang baik. Mula-mula lancarkan dulu dengan 3 Minutes Presentation. Lepas tu boleh explore untuk Praktis Buat Presentation Dengan Kawan. Sangat berguna dan penting untuk berjaya ke level seterusnya.

3 Minutes Presentation

🎯Untuk digunakan bersama Slide 3 Minutes Presentation

---

âś… 1. Ice-breaking + Izin masa

> “Assalamualaikum Abang. Nama saya Darul. Kitorang tengah buat kempen menyimpan duit 3 minit kat area ni. Boleh ke nak pinjam masa Abang sekejap? 3 minit je.”

(Tunggu respon “ok” atau “ya, boleh”)

"Ok nama saya Darul (sekali lagi). Nama abang apa?"

[Buat rapport] "Apa tunggu orang ke kat sini bang?"

---

âś… 2. Buatkan dia fikir tentang realiti simpanan biasa

> “Abang biasa dengar kan orang simpan duit kat Tabung Haji atau ASB?"

(Tunggu jawapan)

> “Okey, katakanlah kita simpan RM5,000 setahun. Kalau ditakdirkan kita meninggal dunia tahun ni, berapa duit yang tinggal untuk keluarga kita?”

> (Jawapan dia confirm: “RM5,000 je la kan.”)

---

âś… 3. Masukkan unsur kemalangan & hospital

> “Kalau kita meninggal disebabkan kemalangan? Ada beza tak berapa yang kita tinggalkan?”

(Jawapan dia: “Sama je. RM5,000.”)

> “Ok seterusnya, kalau kita sakit dan kena masuk hospital, berapa banyak daripada simpanan tu kita boleh guna untuk bayar bil hospital?”

(Jawapan dia: “RM5,000 jugak.”)

---

âś… 4. Introduce Takaful sebagai alternatif simpanan

> “So bang, kempen 3 minit ni kami nak galakkan orang simpan dengan cara yang lebih bernilai tambah. Bukan simpan RM5,000 — kita nak ajak orang simpan cuma RM2,000 je setahun.”

> “Kalau kita simpan kat PruBSN, kalau kita meninggal, kita akan wariskan RM100,000 pada keluarga kita.

[stop]

Lepas tu kalau meninggal tu adalah disebabkan kemalangan, family kita akan dapat RM200,000.

[stop]

Bukan kematian saja. Kalau masuk hospital, pun kita ada RM200,000 untuk bayar bil hospital."

[stop]

âś… 5. Punchline penutup

> “Abang faham ke perbezaan yang saya tunjukkan ni?"

(Tunggu jawapan)

Jadi saya nak tanya abang, kalau hari ni lah kan Abang nak simpan duit, Abang nak simpan kat mana? Kat Tabung Haji ke kat PruBSN?

(99.9% orang akan sebut "PruBSN").

"Ok bagus kalau Abang dah nampak. Tu lah, kalau Abang dah nampak saya ingat nak design kan pakej yang lebih kurang macam ni untuk Abang."

[pause]

"Kalau nak saya kirakan tu saya nak sikiit je maklumat Abang"

 "(Maklumat apa?")


Nak nama penuh,
Tarikh lahir
Pekerjaan
Semoking habit

Then boleh buat kira-kira proposal.

Praktis Buat Presentation Dengan Kawan

Assalamu’alaikum..

W’salam.

Wei kau tengah buat apa?

Takde, lepak je

Kalau free aku nak mintak tolong sikit

Tolong? Amenda? Tayar pancit ke?

Haha bukan la. Tolong ni simple je..

Ok, tengok kalau aku boleh

Camni. Aku ni Tengah attend training dengan Prudential BSN. Benda² takaful ni laa..

Ok..

Dalam training tu ada la belajar presentation. Tu yang aku dapat homework ni..

Oh ok..

Trainer aku suruh aku praktis presentation kat kawan². Dan mintak kawan tu bagi feedback laa style presentation aku ni. Ni untuk biasakan diri bercakap dulu sebelum gi jumpa dengan real customer

Ooh.. jadi?

Tu nak minta tolong ko ni haha. Boleh kan?

Aku kena buat apa?

Ko cuma dengar aku present, lepas tu ko bagi la feedback. Aku bagus ke, kelakar ke, garang ke haha

Ok faham.. Bila nak kena buat ni?

Kalau free sekarang kita buat Zoom. Nanti aku share link..

Sekarang tak sesuai sangat. Petang sikit ok?

Petang dalam pukul 3 ke 5 yang bagus?

Pukul 5 kot..

Ok nanti dalam 4.45 aku roger balik

Ok boleh

Ok jumpa nanti ekk

Ok..

General Scripts

Skrip-skrip yang biasa digunakan dalam presentation.

"Sekarang layak, tapi minggu depan tak tentu lagi"

Benda ni kita boleh apply sementara layak. Kalau tiba-tiba doktor cakap kita ada sesuatu penyakit dalam badan kita, masa tu mungkin dah tak layak. Ramai orang yang macam ni. Dah dapat penyakit baru nak ambik takaful.

Masa tu kita nak bayar banyak banyak mana pun takde company nak bagi perlindungan takaful dah untuk kita.

 

"Sebenarnya benda ni bukan melindungi diri Puan saja"

Tapi dia juga akan lindungi duit simpanan Puan kat bank, Tabung Haji, EPF dan semua pelaburan yang Puan ada.

Sebab penyakit atau accident ni kos dia memang sangat mahal, dan makin lama makin mahal.

"Takaful ni macam spare tyre kat belakang kereta kita tu"

Tayar spare, memang tak nampak kegunaannya. Hari-hari kita bawa dalam bonet ke hulu ke hilir dan memberatkan kereta je.

Tapi bila tayar pancit, masa tu lah kita nampak betapa nasib baiknya kita ada tayar spare ni. Lepas tukar boleh teruskan perjalanan macam biasa.

Takaful macam tu juga. Buat sumbangan bulanan tu umpama beratnya bawak tayar spare tu. Masa ditimpa musibah, takaful akan tolong ringankan masalah kita.

Mana lebih berharga, kereta ke diri kita?"

Kereta kita ambik insurans untuk apa? Sebab takut kemalangan kan. Jadi kalau kena repair tak perlu keluar duit dari poket sendiri.

Diri kita ni mungkin tak jadi kemalangan? Sama juga kan, ada kemungkinan kemalangan. Penyakit pun boleh jadi.

Kalau kereta kita ambik insurans, diri kita perlu tak ambik perlindungan?

"Benda ni lebih penting untuk Tuan dari untuk saya"

Saya nak Tuan sign up ni bukan sebab nak dapat komisyen, Tuan. Tuan cuba tengok dalam pakej ni siapa dapat banyak?

Kalau Tuan ikut nasihat kewangan yang saya bagi ni, Tuan akan dapat beratus ribu ringgit punya coverage. Kalau sakit ada pampasan sakit kritikal, kalau accident pun ada berpuluh ribu jugak. 

Kalau meninggal kita tinggalkan hibah untuk keluarga sebagai jaminan. Kalau masuk hospital kita bayarkan bil hospital sampai unlimited.

Saya cuma dapat upah sikit 30-40 ringgit sebab tolong nasihat Tuan je, untuk bayar duit minyak dan phone saya. Ni memang kerja saya.

Jadi siapa lagi untung kalau Tuan sign up Takaful ni?

Closing Scripts

Tanya Tinggi Dan Berat

"Kalau kita nak start benda ni senang je bang. Saya cuma nak abang punya tinggi dan berat saja."

[kalau dia fikir untuk ingat tinggi dan berat, itu tandanya boleh on. Kalau dia bagi tinggi xxx dan berat xxx, skrip seterusnya ialah]

"Ok meh minta IC abang. Saya tolong register kan."

Tanya Penama

[kalau dia masih berfikir² samada setuju atau tidak]

"Ni kalau buat hibah ni, abang nak letak nama siapa sebagai penama?"

[katalah dia cakap nama isteri atau ibu, so kita layanlah sembang hasrat dia tu]

Reverse Psychology - Kita Apply Dulu

Benda ni kita kena apply dulu bang, then syarikat akan check kita layak ke tidak dapat coverage. Setengah orang apply tapi tak lulus sebab penyakit dah ada macam².

Kesihatan Abang setakat yang Abang tahu ok lagi tak?

Teknik Bertanya Soalan

Elakkan bertanya open-ended questions seperti "bila Tuan rasa masa yang sesuai untuk jumpa?" Sebaliknya gunakan close-ended questions seperti "kalau saya nak jumpa Tuan minggu ni, bagus hari Selasa atau Rabu?"

Open-ended akan memaksa prospek memberi jawapan kreatif yang dia cipta sendiri dan "menyusahkan" prospek untuk membuat keputusan.

Close-ended akan memudahkan prospek memilih seperti menjawab soalan objektif.

"Saya tak cukup budget"

On medical card
Puan bayangkan - untuk buat sumbangan RM100-RM200 ni pun Puan tak cukup budget. Kalau datang bill appendics atau denggi yang RM15,000 tu lagi lah tak cukup budget nya Puan.

On hibah
Kalau Tuan rasa budget RM100 lebih ni tak cukup, Tuan bayangkan kalau kita jadi lumpuh. RM100 tak boleh bawak kita kemana Tuan. Tapi duit hibah RM350 ribu macam-macam kita boleh buat.

"Saya tak cukup budget (2)"

Kadang-kadang kita kena tiru benda yang baik dari bangsa lain.

Dalam budget bulanan diorang, insurans ni akan jadi benda yang paling atas sekali, bukan benda yang paling bawah. Selalu orang letak bawah, maknanya kalau ada balance duit baru ambik. Salah.

Kalau kita letak dia kat bawah sekali memang akan sentiasa tak cukup. 

Cara yang betul ialah letak atas sekali, lepas tu baru kita adjust duit kita untuk kegunaan lain.

Kenapa nak buat macam tu? Sebab takaful ni akan melindungi income kita bila musibah datang. Supaya kalau jadi apa-apa, semua komitmen yang lain-lain tu kita boleh bayar macam biasa.

"Nanti tunggu gaji naik baru saya boleh ambik"

Saya faham. Tapi abang rasa musibah macam penyakit atau kemalangan ni dia akan tunggu gaji naik ke kalau nak datang? Tak tunggu bang.

Dia kalau nak datang time kita miskin pun dia datang je.

Objection - Duit

"Saya tak cukup budget"

On medical card
Puan bayangkan - untuk buat sumbangan RM100-RM200 ni pun Puan tak cukup budget. Kalau datang bill appendics atau denggi yang RM15,000 tu lagi lah tak cukup budget nya Puan.

On hibah
Kalau Tuan rasa budget RM100 lebih ni tak cukup, Tuan bayangkan kalau kita jadi lumpuh. RM100 tak boleh bawak kita kemana Tuan. Tapi duit hibah RM350 ribu macam-macam kita boleh buat.

"Saya tak cukup budget (2)"

Kadang-kadang kita kena tiru benda yang baik dari bangsa lain.

Dalam budget bulanan diorang, insurans ni akan jadi benda yang paling atas sekali, bukan benda yang paling bawah. Selalu orang letak bawah, maknanya kalau ada balance duit baru ambik. Salah.

Kalau kita letak dia kat bawah sekali memang akan sentiasa tak cukup. 

Cara yang betul ialah letak atas sekali, lepas tu baru kita adjust duit kita untuk kegunaan lain.

Kenapa nak buat macam tu? Sebab takaful ni akan melindungi income kita bila musibah datang. Supaya kalau jadi apa-apa, semua komitmen yang lain-lain tu kita boleh bayar macam biasa.

"Nanti tunggu gaji naik baru saya boleh ambik"

Saya faham. Tapi abang rasa musibah macam penyakit atau kemalangan ni dia akan tunggu gaji naik ke kalau nak datang? Tak tunggu bang.

Dia kalau nak datang time kita miskin pun dia datang je.

Objection - Mentality

"Tak payahlah medical card ni. Saya muda lagi dan masih sihat"

Medical card ni memang boleh kita apply masa sihat. Bila dah sakit dah terlambat dik. Kita apply pun kena reject nanti.

Kita mungkin tak tahu, tapi boleh tengok sendiri banyak kisah orang muda kena kanser kat sini - https://shorturl.at/AKVXp

Dan masa muda ni harga sumbangan dia sangat rendah dan jimat, berbanding kita ambik masa umur dah meningkat. Bila kita menyimpan awal, duit terkumpul pun lebih banyak.

"Takpelah, saya nak pergi hospital kerajaan je lah"

Memang ramai orang sangka hospital kerajaan tu free. Yang orang tak tahu, servis saja yang percumanya. Kalau ada benda yang melibatkan pembelian part/ubat/accessories tu semua kita kena bayar kosnya.

Contoh kalau patah, nak masukkan besi. Besi tu yang harganya boleh jadi berbelas ribu tu kita kena bayar sendiri. You nak bayar sendiri ke atau nak PruBSN tolong bayarkan?

"Saya nak balik fikir dulu. Nanti saya contact balik"

Boleh bang. Tapi biasanya bila orang kata nak fikir, ada benda yang dia masih tak clear.

Part mana yang Abang rasa belum jelas?

"Kakak saya ambik tak pernah claim pun. Macam rugi je"

Dik, kita kena faham buat pelan takaful ni untuk dapatkan JAMINAN perlindungan. Bukannya untuk buat untung.

Takaful ni berfungsi bila kesihatan/keselamatan/duit kita dalam bahaya. Masa tu baru tau patut ambik takaful ke tak.

Kalau tak pernah claim tu maksudnya dia sihat dan tak pernah kena kemalangan - alhamdulillah!

"Saya nak tawakkal je lah"

Alhamdulillah, kita memang perlu tawakkal. Tapi ada hadis nabi cakap, sebelum tawakkal kena usaha dulu:

Seorang Badwi bertanya,“Apakah unta itu dibiarkan saja depan pintu seraya bertawakkal kepada Allah? Ataukah harus diikat dahulu supaya tidak hilang?” Beliau saw. menjawab: “Ikatlah dan bertawakkal (kepada Allah)." (HR Ibnu Hiban).

Jadi ikat dulu unta (usaha) baru tawakkal. Bukan tawakkal tanpa usaha.

Objection - Ada coverage lain

"Saya ada medical card company (majikan)"

Soalan: Medical card company ni dia cover selagi bekerja ke atau pun bila lepas pencen pun dia cover?

Jawapan: Selagi bekerja lah.

Soalan: Mana lebih tinggi kemungkinan sakit. Sekarang masa muda ni ke atau lepas pencen nanti?

Jawapan: Lepas pencen nanti, sebab dah tua.


Soalan: Jadi masa lepas pencen kita lebih berkemungkinan sakit, tapi tak ada medical card. Ok ke macam tu?

"Saya dah ambik hari tu ada bank call"

Selalunya yang bank call tu bukan perlindungan lengkap. Tu cuma coverage Personal Accident (untuk kemalangan) je. Maksudnya kalau kita masuk hospital akibat sakit tak ada apa-apa coverage.

"Saya dah ambik hari tu ada bank call (2)"

Boleh juga. Cuma kalau ada agen ni, kita boleh lah dapat khidmat nasihat atau pun bantuan kecemasan masa bukan waktu pejabat. Kalau bank, malam bank dah tutup. Siapa nak tolong kita handle GL ke atau apa-apa urusan?

Atau pun abang tak kisah kalau kena tunggu pagi Isnin esok baru boleh dapat bantuan?

"Saya dah ada insurans"

Ah bagus Cik. Saya boleh tolong buat review percuma. Kebanyakan orang tak ingat apa coverage yang dia ambik. Kalau saya review kan nanti Cik boleh dapat second opinion pasal coverage Cik.

"Saya dah ada agen lain yang uruskan"

Ah bagus. Dan lagi bagus kalau abang ada lebih dari satu agen, sebab in case jadi apa-apa kat 1 agen, abang ada seorang lagi agen yang boleh tolong uruskan claim abang atau apa-apa yang berkenaan.

Objection - Authority

"Nanti saya balik tanya suami/isteri"

Suami/isteri you tak dengar sepenuhnya apa yang saya ceritakan. Macam mana dia nak bagi pendapat yang betul samada setuju atau tidak?

1. Kalau dia tak setuju adakah awak akan batalkan niat untuk dapat perlindungan yang beratus-ratus ribu ni?

2. Adalah lebih baik kalau saya dapat jumpa dengan dia untuk terangkan semula benefit yang saya terangkan tadi.

"Nak balik tanya isteri (hibah)"

Saya sedang cadangkan Tuan buat pelan hibah RM500 ribu, yang mana kalau tiba-tiba Tuan tak ada, isteri akan dapat pampasan hibah setengah juta ni.

Tuan rasa dia akan tak setuju ke?

"Suami tak izinkan"

Saya rasa niat dia baik, Puan. Tapi kalau kita kena cancer Puan, yang kosnya boleh cecah beratus ribu ringgit, mana Puan lebih yakin - bergantung kepada gaji dan simpanan suami ke atau bergantung dengan medical card unlimited PruBSN?

Objection - Plan

"Apa beza hibah dengan medical card?"

Hibah kita buatkan hadiah kepada orang yang tersayang kalau kita meninggal. Tak perlu ikut faraid. Duit akan masuk direct ke dalam akaun orang yang kita namakan, boleh ikut percent, boleh kalau nak bagi lebih dari seorang.

Selain itu Hibah boleh juga dibayar kepada diri sendiri kalau kita jadi TPD macam lumpuh atau stroke.

Medical card - tujuannya untuk bayar bill hospital kalau kita sakit atau pun kemalangan. PruBSN punya medical card tak ada limit seumur hidup.

"Mana nak ambik dulu - hibah ke medical card?"

Kalau kita ada budget untuk satu benda je, ambiklah hibah dulu. Sebabnya gini.

Kalau sakit/kemalangan, kalau nak kena masuk hospital masih boleh lagi kita pergi ke hospital kerajaan. Walaupun lambat, tapi adalah juga tempat nak dituju.

Tapi hibah ni tiada penggantinya. Kalau kita jadi lumpuh dan tak ada polisi hibah, takde siapa yang akan bagi sejumlah duit pampasan pada kita. Tanggung je lah sendiri.

"Ada family plan ke?"

Family plan adalah plan medical card Stand Alone. 

Satu, yang Stand Alone ni dia tak ada Cash Value. Maksudnya duit yang kita bayar tiap-tiap bulan selama bertahun-tahun hangus begitu saja.

Abang nak polisi medical card yang hanguskan duit ke nak yang mengumpul duit?

Lagi satu sebab berkongsi, nanti limit medical card tu akan dikongsi oleh semua ahli keluarga. Umpama satu keluarga share satu payung terjun masa kapalterbang ada kecemasan.

"Takaful dengan Insurans ni sama je"

Model insurans adalah model jual beli. Company offer perlindungan dan kita bayar fee nya. Difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana gharar.

Model takaful adalah model derma beramai-ramai ke dalam satu tabung yang dinamakan tabung Tabarru'. Yang ramai bernasib baik sedekah pada yang sikit ditimpa musibah. Model derma menghilangkan elemen gharar.

Abang suka kalau ambik perlindungan ni sambil buat amal jariah?

Objection - Company

"Medical card company XYZ tu murah je"

Medical card yang murah ni ialah yang jenis Stand Alone. Yang Stand Alone ni dia tak ada Cash Value. Maksudnya duit yang kita bayar tiap-tiap bulan selama bertahun-tahun hangus begitu saja.

Abang nak polisi medical card yang hanguskan duit ke nak yang mengumpul duit?

"Saya lebih suka dengan company DEF"

Faham, semua orang ada pilihan masing-masing. Cuma PruBSN Takaful ni dah 12 tahun berturut-turut dapat anugerah Syarikat Takaful Terbaik Malaysia dari Malaysia Takaful Association (MTA).

Kalau Tuan nak beli sesuatu barang dengan harga yang sama, nak beli dengan company terbaik ke atau beli dengan yang lain-lain?